Khamis, 23 April 2026

KRISIS MAKANAN AKAN SAMPAI


1974 BULUR

 BALING KEDAH

AMIN

BILA PERANG

TAK HENTI SATU

DUNIA AKAN ADA

MASALAH MAKAN

TERMASUK KITA

KHALAS

Unknown commented on 
"PLASTK MAKIN KURANG"

ko tak rasa krisis bekalan makanan sebab malaysia tidak pernah ada krisis bekalan makanan sampai kebuluran. bermakna semua kerajaan sebelum PH berjaya tadbir negara dengan baik.. walaupun ada yang menyamun.

tapi manusia mmg tak pernah bersyukur.. naikkan kerajaan yang paling bangang dalam sejarah malaysia. kerajaan paling pro kapitalis

kah kah kah







 

PAGI INI

PAGI INI



PAGI INI

KHAMIS 23 APRIL   2026

PERANG HARI KE 55


SELAT HORMUZ
Selat ini masih ditutup. Amerika mahu tekan ekonomi Iran. Iran mahu tekan ekonomi dunia.

TERAM MAHU BERUNDING
IRAN TOLAK BERUNDING 
Tapi  Teram umum gencatan senjata di teruskan.

Jika KEDAAAN INI BERTERUSAN – maka ekonomi dunia yang sedang kacau ini akan bertambah kacau.

NEGERI SEMBILAN
Kes  PECAT YAG DI PERTUAN BESAR masih berjalan – menarik – dah merebak dari kes Adat kini JADI KES POLITIK NAK  BUANG MB 

Negeri Sembilan Adat Perpatih PROTO DEMOKRASI dan PROTO FEMINIS.

Menarik  -  harap merebak dah jadi kes politik. PALING MENARIK IALAH  RAJA BOLEH DI PECAT.

NEGERI SEMBILAN jadi contoh -  Raja adil Raja di Nobat – Raja Zalim Raja di rembat ! Amin

HOKKIEN 
Pagi ini sejuk basah – petang kemarin hujan turun – Matahari dah keluar cahaya masih lembut – KL & KL Sentral berkabus nipis. Langit biru indah.

Cengkerik bersimponi. How Wow  melaung dari pokok tinggi. Hokkien agak sunyi pagi ini.

Jantan Baik dan Emak sambut gua di lorong masuk. Pagi ini ramai datang makan. Gumbira ialah melihat warga Hokkien ramai datang makan.

Ketika gua menulis – Le Château agak sunyi – cahaya belum melimpah – gua harap hari akan panas – jika petang hujan, malam sejuk santai. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS

BRO
Lu janji nak beri 10 ringgit kemudian lu beri 100 ringgit – ini janji baik.

BRO
Lu janji lu tak tunaikan – janji ini akan jadi hantu untuk lu.

BRO
Buat janji mudah – hanya bercakap – tepati janji lu kena lakukan. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Rabu, 22 April 2026

IKUT CARA NEGERI SEMBILAN


IKUT CARA

NEGERI SEMBILAN

AMIN

RAJA ADIL RAJA 

DI NOBAT

RAJA HAPRAK

 RAJA DI REMBAT

KHALAS

JANGAN BUKA CERITA LAMA

 

BAHAYA AMAT

BAHAYA

AMIN

JANGAN BUKA

 GOL N GINCU

NANTI BONTOT

KENA KY JELLY

KAH KAH KAH

KHALAS 

AGAMAWAN KARUT

 


AGAMAWAN ISLAM

JADI BARUA ZIONIS

BUKAN PERKARA

YANG BARU

AMIN

PEMIMPIN ISLAM

JADI BARUA ZIONIS

AMAT RAMAI

AMIN

PUAL WOLFOWITZ

SEORANG PELOBI 

ZIONIS DI AMERIKA

IALAH KAWAN BAIK

ANWAR 

BIN IBRAHIM

KHALAS

Anwar bin Ibrahim raikan agamawan Saudi terpalit kontroversi 'mesra Zionis'

Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim baru-baru ini meraikan kehadiran seorang agamawan Arab Saudi yang terpalit kontroversi atas latar belakangnya yang mesra dengan lobi Zionis di Amerika Syarikat dan Israel.

Kunjungan Mohammad Abdulkarim Al-Issa, yang merupakan setiausaha agung Liga Muslim Sedunia (MWL), berlaku hampir dua tahun selepas lawatannya ke Malaysia mencetuskan kritikan atas sejarahnya yang dilihat bersimpati dengan pemimpin Zionis.

Ia juga menjelang Muktamar Agamawan dan Cendekiawan Pelbagai Agama Seluruh Dunia, sebuah perhimpunan tahunan anjuran MWL yang diadakan di Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.

"Dalam pertemuan yang singkat dan bermakna ini kami membincangkan beberapa isu hubungan antarabangsa serta hubung kait dengan pembelaan masyarakat Islam di seluruh benua yang menghadapi tekanan peperangan dan kezaliman," menurut hantaran Anwar di Facebook.

"Mendoakan agar segala usaha murni dan kerja amal MWL terhadap Agama Islam serta masyarakat Muslim dan dunia ini diberkati Allah dan mendapat kejayaan seperti yang kita semua harapkan."

MWL merupakan badan dakwah anjuran kerajaan Saudi yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, termasuk ketika beliau memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia, atau Abim.

Tiga hari selepas serangan AS-Israel ke atas Iran pada 28 Februari, Al-Issa menyalahkan Tehran, sambil menuduh Iran melakukan "keganasan dan kejahatan di atas muka bumi yang melanggar semua nilai agama serta undang-undang dan norma antarabangsa dan kemanusiaan".

Kunjungan Al Issa pada Mei 2024 berlaku ketika kemuncak kempen genosid Israel di Gaza yang menyasarkan orang awam Palestin, di mana lebih 70,000, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, terbunuh.

Ketika itu, Al Issa juga dianugerahkan ijazah doktor kehormat daripada Universiti Malaya.

Bagaimanapun, latar belakang Al Issa mula menjadi fokus disebabkan beliau dan MWL pernah dipuji media Israel, yang melihatnya sebagai orang penting dalam menjayakan pelan normalisasi hubungan dengan Riyadh.

Normalisasi hubungan Arab Saudi dengan Israel adalah sebahagian daripada Perjanjian Abraham yang ditaja AS, dengan matlamat supaya regim Arab mengiktiraf negara Israel.

Al-Issa, yang juga bekas menteri kehakiman Arab Saudi, pernah menyertai lawatan bersama kumpulan pro-Zionis dari AS, American Jewish Committee (AJC), melawat kem Nazi di Auschwitz di mana berlakunya pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.

AJC merupakan antara kumpulan Zionis yang melawan sentimen anti-Israel yang semakin meningkat di AS, dan menyatakan sokongan kepada genosid Israel di Gaza. 

Al-Issa juga mengadakan pertemuan mesra dan berkongsi pentas dengan beberapa tokoh Yahudi Zionis lain, seperti rabbi berpangkalan di AS, Marc Schneier dan Arthur Schneier, dan Rabbi Ephraim Mirvis yang berpangkalan di UK, kesemuanya watak yang mempertahankan serangan Israel ke atas Gaza.

Pada 2021, Al-Issa mengambil bahagian dalam satu acara dianjurkan Universiti Yeshiva, institusi Yahudi di New York yang mempunyai cawangan di Israel, di mana beliau berkongsi pentas dengan presidennya Ari Berman, seorang rabbi Zionis yang mengetuai usaha mendapatkan sokongan universiti Amerika kepada Israel selepas serangan 7 Oktober lalu.

Pada 2022, media Israel menyambut baik keputusan Putera Mahkota Mohammed bin Salman melantik Mohammad Abdulkarim untuk menyampaikan khutbah semasa musim haji, dengan rangkaian Channel 12 di Israel menyifatkannya "isyarat penting" dari Riyadh mengenai pendiriannya terhadap normalisasi dengan Israel.

Dalam satu artikel yang memuji Al-Issa, akhbar Times of Israel pula menyifatkan beliau sebagai "suara menentang anti-Semitisme", tuduhan yang kerap digunakan Israel terhadap pengkritiknya, termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Al-Issa juga dilihat kerap mengutuk mereka yang menafikan berlakunya pembunuhan ramai-ramai orang Yahudi dulu, atau "holocaust deniers", iaitu label yang sering dilemparkan pada sesiapa yang mempersoalkan naratif Barat mengenai penghapusan Yahudi di bawah Nazi Jerman.

Al-Issa bagaimanapun menafikan beliau bersimpati dengan Israel, dan bekata beliau cuma berkongsi pentas dengan penganut Yahudi dalam menyebarkan kebaikan, sambil menambah mereka dirujuk sebagai "ahli kitab" di dalam al-Quran.

Sebaliknya, beliau berkata ada kalangan rakyat Israel sendiri yang menentang kejahatan, dan berkata akan mengutuk sesiapa sahaja  termasuk orang Islam jika mereka melakukan kesalahan.

PKR WAJIB BERBANGGA


AHLI PKR

WAJIB BERBANGGA

KINI ADA PEMIMPIN

BERNAMA

 RAMANAN

AMIN

BUKAN SENANG

PKR NAK DAPAT 

PEMIMPIN

HEBAT DARI 

PARTI INDIA MIC

KAH KAH KAH  

KATA KUNCI

IALAH  INDIA & AUTA

KAH KAH KAH

KHALAS 


Tak bantah dalam kabinet? Saya memang tunggu serangan macam ini’

Rafizi Ramli menyangkal dakwaan pegawai Menteri Sumber Manusia R Ramanan bahawa dia tidak membangkitkan isu berkaitan kontrak Sistem Pengurusan Terpusat Pekerja Asing (FWCMS) semasa menjadi menteri.

Mendedahkan dia “memang menunggu ada orang dari PKR atau Kementerian Sumber Manusia melontarkan serangan peribadi” sebegitu, Rafizi malah berkata apa yang berlaku adalah sebaliknya. 

“Sebenarnya, saya telah membantah dan tidak bersetuju secara bertulis,” katanya.

“Bantahan ini ada di dalam rekod minit jemaah menteri dan rekod ulasan rasmi yang dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi semasa saya menjadi menteri ekonomi.”

Semalam, Aizuddin Abd Ghafal, setiausaha politik Ramanan mempersoalkan mengapa Rafizi Ramli dan anggota parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad "baru sekarang" bersuara mengenai FWCMS.

Aizuddin berkata kontrak FWCMS diperbaharui pada 2024 ketika kedua-duanya masih berada dalam kabinet.

Terdahulu, Rafizi, Nik Nazmi, bersama lapan lagi anggota parlimen PKR, mengemukakan bantahan terhadap rancangan untuk memberi Bestinet satu lagi kontrak kerajaan dipanggil The Universal Recruitment Advanced Platform (Turap), dikatakan bagi menggantikan FWCMS.

Dalam kenyataan mereka, wakil rakyat PKR itu berkata FWCMS dibelenggu dengan isu, yang menimbulkan keraguan terhadap kemampuan Bestinet untuk membangunkan sistem sedemikian.

Bestinet menafikan dakwaan terhadapnya.

Dalam kenyataan hari ini, Rafizi berkata cadangan berkenaan Bestinet dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri dan dibentangkan pada jemaah menteri sekitar pertengahan 2024.

Ketika itu, katanya, Aizuddin adalah pegawai tugas-tugas khas kepada menteri dalam negeri dan “sepatutnya dia ingat mengenai bantahan bertulis dari saya (Rafizi) dan Kementerian Ekonomi”.

Secara rasmi, katanya, dia menyatakan tidak bersetuju dan memohon cadangan itu diteliti semula oleh KDN.

Pendirian Kementerian Ekonomi ketika itu berasaskan perkara-perkara berikut:

Kementerian Sumber Manusia telah membelanjakan RM20 juta dari peruntukan pembangunan yang disediakan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) yang dimiliki kerajaan.

Sistem ePPAx telah pun siap dan dibangunkan bagi tujuan pengurusan pekerja asing.

Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan jemaah menteri telah meluluskan pelaksanaan Multi Tier Levy Management (MTLM) untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing secara berperingkat.

Kementerian Sumber Manusia memang telah mencadangkan agar sistem ePPAx digunakan bagi tujuan pengurusan penggajian pekerja asing dan MTLM.

Untuk tujuan penggunaan ePPAx, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan peruntukan mengurus sebanyak RM10 juta untuk menaik taraf sistem ePPAx untuk pelaksanaan MTLM.

Dedah minit mesyuarat

Sementara itu, Rafizi mencadangkan Ramanan mendapatkan kebenaran perdana menteri untuk mendedahkan minit mesyuarat kabinet mengenai FWCMS dan Bestinet kepada orang ramai.

“Jika itu dibuat dan memang benar saya tidak bersuara seperti didakwa, ia sekaligus boleh menutup mulut saya kerana Kerajaan Madani dapat membuktikan saya hanya bersuara selepas tidak menjadi menteri, untuk memainkan naratif kononnya saya seorang yang kecewa,” katanya