Sabtu, 25 Oktober 2014

TIDAK TAKUT LAGI



KOMENTAR
ingata bagaimana bersih
yang anjurkan demo di serang
di ugut dengan tangkapan
diugut dengan ancaman
tapi rakyat masih keluar  ke jalan raya

kini rakyat tak takut lagi
hegemoni ketuaan melayu
telah pecah

kerjasama antara kuasa politik
bersama agamawan
bersama kaum feudal
kini semakin jelas

inilah petanda ketika rejim mubarak mahu runtuh
inilah petanda ketika rejim shah iran mahu runtuh
inilah petanda ketika rejim suharto mahu runtuh

rakyat ditakut-takutkan dengan ancaman tuhan
sebenarnya yang merngamcam bukan tuhan
tapi kuasa daulah yang zalim dan ganas



Fahmi Zainol: Saya tidak gentar ugutan pihak UM

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol menyatakan bahawa beliau tidak pernah gentar dan takut dengan ugutan yang diberikan oleh pihak Universiti Malaya (UM) terhadapnya.
Sebelum ini, Fahmi dilaporkan bakal menerima tindakan disiplin termasuk digantung pengajiannya selepas diberi surat tunjuk sebab oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) kerana menganjurkan program “40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara”.
Naib Canselor HEP, Prof Datuk Rohana Yusof berkata, pihaknya melarang penganjuran program terbabit kerana ia melanggar peraturan universiti.
“Bagi saya, saya tidak pernah takut dengan ugutan oleh pihak Universiti, Saya tahu apa yang saya buat dan kami di peringkat PMUM akan terus jalankan program kami,” katanya kepada FMT ketika dihubungi




---------

Tiada ulasan: