Rabu, 24 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Petang ni hujan ribut
kemudian berhenti
nyaman sejuk
tuan warong awal tadi sedih kini senyum layan pelanggan

raya lagi 7 hari

pelita dan mula terpasang
tiket pulang sudah dipesan

batu road cukup sibuk
jalan masjid india melimpah ruah
membeli dan membeli

ada seribu satu macam pilihan
kueh, kacang, biskut, air, kurma,
kain, baju, bunga kertas dan dan dan
yang tak ada mercun tepek, mercun lidi, mercun naga,
yang kedengaran hanyalah dentum mercun
yang nak dicari tak jumpa jumpa

di kamunting dapor dibuka jam 3
makanan sampai jam 6
pintu bilik di kunci jam 7

blok 2A al-maunah, blok 2B reformasi, blok 3 kmm
blok 4A ji , blok 4B ji
di blok mana agaknya hindraf
di blok mana agaknya raja petra

petang ini bila dibuka dulang ayan
temuilah 3 butir kurma dan sebiji kuih
sekepal nasi, sayur labu dan goreng ikan
nikamatilah makanan ini

seminggu lagi raya sampai
anak dan keluarga akan datang melawat
tunggulah pagi raya
ada kueh manis dan nasi impit

berpuasa bukan untuk makan
berpuasa untuk menilai dan menghitung diri
berpuasa untuk menutup kitab lama dan membuka kitab baru
lalu kita beraya untuk meningati kembali
apa yang telah kita lakukan 365 hari lalu
lalu kita membuat janji
untuk mengenal diri

hindu, muslim, yahudi, nasrani,
semua kita berpuasa
hari dan masa tidak sama
anak semua bangsa
dunia ini milik kita bersama
jalannya bersimpang siur
arahnya ke situ jua



HARGA MINYAK TURUN 10 SEN -

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan 92 dikurangkan sebanyak 10 sen iaitu daripada RM2.55 kepada RM2.45 seliter dan RM2.50 kepada RM2.40 seliter, berkuat kuasa mulai esok.

kah kah kah…. bila pakatan kata harga minyak boleh turun tak caya….. kah kah kah….ni dah gelabah baru nak turun…..kah kah kah….betulaaaaa para ekonomi pakatan…..kah kah kah




RAIS GESA KEMBALI SEMULA KEPADA ‘UMNO LAMA’ – Laporan DahLamo


WASHINGTON: Sudah tiba masanya bagi dua jawatan tertinggi dalam Umno dipertandingkan untuk memperkukuhkan proses demokrasi dalam parti, kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim di sini, hari ini.

“Umno amat memerlukan proses demokrasi yang mantap dan saya berada dalam kumpulan di mana (jawatan) presiden dan timbalan presiden sepatutnya dicabar,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat 13 ketua misi Malaysia yang ditugaskan di Amerika di Kedutaan Malaysia di sini.


kah kah kah…. dari washington? kah kah kah … bukan ke ini sarang ajen amerika….pasal apa buat kenyataan dari sana…. jang oooi… bueklaaa kenyataan di jolobo…kah kah kah… takut ketua bahagian pun tak monang….kah kah kah

jeng jeng jeng…. lawan jangan tak lawan… rentap jangan tak rentap…. tibai jangan tak tibai…. kah kah kah

jang kouta cam mana… masa madey jadi raja dulu kao takut…..kocut tolo kao …kah kah kah

dah jumpo dah dengan dino….. tok kadi klumpo cari dio…. bini dio dah bunting… dino lari ke amerika ko…. kah kah kah



SENYUM PETANG

Maka Bik Mama pun pergilah behari-hari mendaki bukit menurun lurah untuk mencari Pak Nujum. Lalu sampai Bik Mama ke satu lembah dan di sana kelihatan sebuah pondok. Maka mengikut kata sahibul hikayat inilah dianya rumah Pak Nujum paling terbilang saentaro negeri.

Apabila Bik Mama sampai ke tangga maka dengan serta merta Nadim anak Pak Nujum menahan Bik Mama dari naik. Maka terperajatlah Bik Mama kerana belum pernah dalam hidupnya sesiapa pun yang berani menahan dianya.

“ Tak boleh naik”

“Kenapa?”

“ Nanti patah tangga……kah kah kah

Maka duduk lah Bik Mama di halaman menunggu Pak Nujum. Setelah semuanya siapa sedia maka Pak Nujum pun turun untuk bertanya hal angkara. Maka Bik Mama pun menerangkan duduk angkara yang dia nak tahu semua hal negara. Sebelum bertanya apa-apa Bik Mama ingin menduga lalu bertanya.

“ Beta dua batang kayu, kalau Pak Nujum bijak laksana cuba terang duduk pekara yang mana kayu United Malays National Organisation dan yang mana kayu Pakatan?”

Pak Nujum tanpa berlengah terus menjawab. “ Masukan kayu itu ke dalam air. Yang tenggelam itu kayu United Malays National Organisation. Dan yang tegak kukuh berdiri itu kayu Pakatan……. kah kah kah

Bik Mama bertanya lagi, “ Dua telor itik baru menetas yang mana anak itik United Malays National Organisation dan yang mana anak itik Pakatan?”

Pak Nujum tersenyum menjawab, “ Letakkan itik ini dalam kolam. Yang mengejar itu itik Pakatan dan yang lari lintang pukang itu itik United Malays National Organisation…..kah kah kah

Bik Mama merasa tidak puas hati. Dia datang untuk menilik nasib adakah suaminya akan menjadi raja. Lalu dia terus ingin menduga Pak Nujum ini.

“ Kalau Pak Nujum bijak bistari melihat di dalam dan luar negeri cuba teka apakah dia dalam gengaman beta”.

“ Tahi hidung” jawab Pak Nujum.

“Macam mana Pak Nujum tahu?”

“ Orang macam hang ni…. tak de kerja…. tak buat apa-apa…. hang korek tahi idunglaaa…..kah kah kah.

( cerita di hantar oleh gun n roses dipandan dari ceritera klasik nujum pak belalang dan di sesuaikan untuk tukar tiub – terima kaseh gun n roses )



HAIRAN RAKYAT TETAP PERCAYA PEMBOHONGAN – Utusan Melayau


MELAKA 23 Sept. - Sikap rakyat negara ini yang terus mempercayai pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menampakkan ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat hari ini.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kalau dahulu seseorang yang berbohong melebihi dua kali tidak lagi dipercayai oleh masyarakat tetapi kini ia tidak berlaku sedemikian.


kah kah kah…. mamat 46 ni hairan…. kah kah kah….kesian mamat ni dah nak merajuk…..kah kah kah.

rakyat tak percaya kepada laporan tepat, betul dan berilmiah dari rtm….. kah kah kah….

gua sendiri pun hairan kenapa agaknya orang percaya kepada yang bohong dan tak percaya pada yang betul….. kah kah kah….

woit tak paham ke orang dah penat dengar radio, tv dan surat khabar hang yang melaporkan pekara-pekara yang betul…. kah kah kah…. cuba buat bohong … orang mesti akan berkerumun depan rtm….. kah kah kah

woit…. napa hang suka 46…. Orang semua suka 69 ….kah kah kah



MALAYSIA IKLANKAN DISTINASI PELANCONGAN DI YAHOO! DAN MSN – Utusan Melayau


KUALA LUMPUR 23 Sept. - Malaysia menjadi negara pertama yang mengiklankan destinasi pelancongannya dalam enjin carian Internet Yahoo! dan MSN hari ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, iklan dalam Internet adalah langkah pertama sebelum Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia melancarkan iklan televisyen melalui Internet (web TV) tidak lama lagi.

kah kah kah…. minah ni nak kelentong sapa? Malaysia menjadi negara pertama??? kah kah kah…. dulu web tv pertama dalam dunia...kah kah kah... ni iklan pertama dalam dunia….kah kah kah…. minah ni ke yang membuat internet….kah kah kah…

cik shabery 46 ….sila talipon minah ni….. berita macam nilah yang rakyat nak baca supaya mereka percaya…. kah kah kah

minah oooi…. bila laporan bujet Sukom 98 nak di bentang kat parlimen …. dah 10 tahun….kah kah kah…. malaysia negara pertama dalam dunia yang menterinya suka klentong….kah kah kah


JANGAN JUAL UNDI – TUN MAHATHIR - Utusan Melayau


JITRA 23 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan rakyat supaya tidak 'menjual' undi masing-masing tidak kira sama ada dalam pemilihan parti yang mereka sertai atau pada pilihan raya kecil serta umum.

Beliau yang pernah memimpin negara selama 22 tahun berkata, setiap undi itu tidak ternilai harganya dan hanya pemimpin yang berhak sahaja layak menerimanya.

"Kita harus ingat kalau kita jual undi, percayalah suatu hari nanti orang asing akan menjajah kita semula. Kita akan hilang kuasa untuk memilih kerajaan sendiri.


kah kah kah….apa cerita dari madey ni…. kalau tak jual undi nak jual apa… nak jual tanah semua dah kena rembat…. kah kah kah…. nak jual sayur tesco dan masuk… nak jual daging…. giant dah ada…. nak jual perabut… ikea dak blok…. kah kah kah… …. nak jual air orang dah sebat, nak jual talipon orang dah kemut ….nak jual burger macdonald dak kontrol, nak jual air sirap cococola kontrol....nak jual hospital anak madey dah rembat…. apa yang tinggal hanya air liur dan undi…. tak payah jual undi pun kita kena jajah...kah kah kah



TERPAKSA TUTUP TIADA PEMBELI – Utusan Melayau


KAJANG 23 Sept. - Adakah kewujudan banyak pasar raya besar termasuk di kawasan-kawasan perumahan sejak kebelakangan ini, menjejaskan peniaga kecil termasuk di pasar-pasar?

Jawapannya ya. Ini kerana pasar raya besar tersebut bukan sahaja mampu menjual barangan pada harga yang lebih rendah tetapi juga pelbagai pilihan termasuklah barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran.


kah kah kah …. inilah dia ajen amerika yang telah berjaya merosakkan ekonomi negara…. siapa ejen amerika ini ? kita tidak nampak merek… mereka berselindung dan memakai nama tesco,carrefour, giant…. siapa yng membenarkan ajen-ajen kaum pemodal ini masuk sehinggakan kedai-kedai tempat jatuh nazak….kah kah kah … .. serangan ajen-ajen amerika ini cukup kuat….hinggakan kita semua tidak sedar… ini belum masuk lagi macdonal dan burger king yang menjual junk untuk memantul akal fikiran kita…..kah kah kah….ini bukan kerja parti pembangkang…. Ini kerja parti yang berkuasa….kah kah kah