Khamis, 11 September 2008

TERKINI! TERKINI ! HOT

Empat ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat akan berlepas ke Taiwan pada jam 2.00 petang esok hari Jumaat. Mereka akan mengambil pesawat udara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Delegasi PKR ini akan menginap di Hotel Sheraton Taipei  12, Chung Hsiao East Road, Section 1, Taipei 100, Taiwan.

Ketua Penerangan PKR, Sdr Tian Chua telah memberi tahu Tukar Tiub bahawa 49 ahli-ahli parlimen Barisan Nasional akan juga menginap di hotel yang sama.

Menurut Tian Chua , beliau telah mula berhubung dengan beberapa ahli parlimen tersebut. Bila Tukar Tiub meminta siapakah YB yang dihubungi, Ketua Penerangan PKR ini telah enggan memberitahu nama-nama mereka.

Sdr Tian Chua juag memberitahu bahawa 'pertemuan' antara delegasi PKR dengan  49 YB Barisan Nasional itu pasti akan berlaku.(TT)

TERKINI ! HOT!

Empat pemimpin Parti Keadilan Rakyat akan terbang ke Taiwan esok untuk bertemu dengan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional. Mereka ingin menemui para YB yang terdahulu telah bersetuju untuk meninggalkan Barisan Nasional dan masuk ke dalam Pakatan Rakyat.

Mereka yang dijangkan pergi ke Taiwan esok ialah Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye, YB Saifuddin Nasution, YB Fuziah Salleh dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua.

SELAMAT BERBUKA PUASA

Hari ini Kuala Lumpur enak
Tak panas dan tak hujan
Malam tak tahu lagi
Semua yang meniaga senang hati

Hari raya lagi 20 hari

Beli buah pulasan untuk berbuka
Ganjil buah ini sudah besar
Pernah fikirkan kenapa pulasan menjadi bagitu besar
Pernah fikirkan kenapa lada besar menjadi bagitu keras
Pernah fikirkan kenapa buah tomato tak pernah lembik-lembik

Tak pernah ke pasar?
Tak pernah beli barang?
Ada pembantu indon ?

Pergilah pasar sekali sekala lihat dan saksi
Picit dan beli

Pulasan ni sudah di GM ke ? – genetically modified
Lada dan tomato sudah d GM ke ?
Kalau pulasan ni manusia sudah pasti dia jadi mister frankenstein

Kalau kita makan GM kita jadi apa?
Tumbuh siong ke?

BERITA GEMPAR !!! PM TERKEJUT KENYATAAN MUHYIDDIN


PUTRAJAYA 11 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini terkejut dengan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui akan diadakan pada 2010.

``Saya terkejut kerana dia adalah sebahagian daripada ahli Kabinet saya,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di sini hari ini.

kah kah kah….. betullaaaa mamat dooolah ni kaki tidoooo….. baru sekarang dia terkejut… sluruh dunia dah tahu….kah kah kah

woit….mana hang pegi dolaaaah oooi…. hang tidok kat mana….celah mana hang tidoook…

kesian…. tak de orang bagi tau mamat ni…. yang dia nak kena sembelih oleh tim MMK – madey,muhidin dan ku li….. tolong habak laaa pada …tolong ceeeek…kah kah kah

HOT! TERKINI! GEMPAR - KERAJAAN TARIK BALIK SEKATAN KE ATAS BLOG -

PUTRAJAYA 11 Sept. - Kerajaan tidak lagi mengenakan sekatan terhadap mana-mana laman web atau blog di negara ini.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat kabinet semalam.

Arahan sekatan yang dikenakan terhadap mana-mana laman web atau blog sebelum ini, termasuk portal berita 'Malaysia Today' ditarik balik berkuat kuasa serta-merta,� katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


kah kah kah.... tak nak tarik cam na.... buat kerja bodoh.... tutup pun malaysia today masih on... kah kah kah...

ni macam nak hapuskan orang menyanyi ..... mana boleh stop stop.... kah kah kah.....ziana zain akan terus menyanyi di port dickson ..... kah kah kah

BERITA KECEWA !! KASTAM RAMPAS MERCUN DAN BUNGA API BERNILAI RM500,000 – Utusan Melayau


BUTTERWORTH 11 Sept - Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang mengagalkan cubaan menyeludup mercun dan bunga api bernilai RM500,000, yang dipercayai untuk pasaran musim perayaan ini, apabila menahan sebuah treler di kawasan rehat dan rawat Tapah, Perak semalam.

kah kah kah…. ini yang gua kecewa ni…. nak enjoy ari raya pun tak leeeh….. dulu gua ada member anak kastam….. best….. dia supply mercun dan bunga api tak putus-putus….masa tu gua kecik laaaagii….tak tahu hal…..

kah kah kah…. fikirkan ke mana agaknya mercun dan bunga api ini akan pergi:

1 – di ambil oleh imam masjid hulu nerang untuk buat penyapu masjid
2 – di hantar balik ke taiwan untuk mainan yb kita yang sedang di sana
3 – di hantar ke paris untuk  dimasukkan dalam galeri picasso
4-  di ambil oleh zaina zain untuk main bunga api di port dickson
5 – di jual pasaran gelap

Saya dapat jawab gua mercun mulutnya…..kah kah kah

TERKINI ! PAS UNTUNG DR MAHATHIR MASUK SEMULA UMNO KATA NIK AZIZ

KOTA BAHARU, 11 Sept (Bernama) - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno akan memberi kelebihan kepada Pas dan Pakatan Rakyat kerana "Umno akan bergolak".

"Saya seronok dia (Dr Mahathir) timbul kacau bilau," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini
.

kah kah kah….. ini berita baik untuk seluruh umat malaysia…. kah kah kah.

kalau tok guru seronok….. kita seribu kali lagi seronok…..kah kah kah

woit….tukang kacau sudah sampai…..kah kah kah

PEMILIHAN CALON KALAH PILIHAN RAYA ANGGOTA JAWATANKUASA TANAH BOLEH TIMBUL MASALAH – Berita Hairan

IPOH: Kerajaan negeri Perak didakwa bertindak rakus dan tidak menghormati peraturan apabila melantik 'orang awam' menganggotai jawatankuasa tanah daerah di seluruh negeri.

Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Ramly Zahari, berkata tindakan melantik calon daripada DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kalah pada pilihan raya umum sejak Julai lalu sebagai ahli jawatankuasa berkenaan adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.


kah kah kah…. ngok betul ketua bahagian ni…. ni mesti dari sayong…. kah kah kah.

inilah yang di panggil mendemokrasikan lembaga-lembaga kerajaan…. ngok... apa salah nya mengambil   ‘orang awam’ …. apa nak pangil bomba?.... nak panggil askar?...kah kah kah….

memanglah tak pernah berlaku…. kerana hang dulu masa memerintah nak bolot info… tak bagi orang awam tahu hal tanah….. inilah pembahruan yang nak di bawa….. hang takut ke? hang kontrektor kelas F dah tak dapat projek….. kah kah kah.

TIPU LAGI DAN TERUS TIPU


National Institute of Electoral Integrity (NIEI) yang berpusat di Kuala Lumpur telah menerima satu e-mail dari Taiwan Foundation For Democracy (TFD).

Menurut Mr. Bo Tedards jurucakap TFD, kementerian luar Taiwan telah mengeluarkan satu kenyataan resmi yang mengatakana bahawa Taiwan tidak ada menerima apa-apa lawatan rasmi dari ahli-ahli parlimen Malaysia.

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan laporan ajensi-ajensi berita yang mengatakan satu kumpulan ahli parlimen Malaysia akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiwan.


Kah kah kah….. woiit najib …. nak tipu sapa ni…..nak tipu ziana zain ke….kah kah kah…. nak tipu ziana zain pergilaaa ke port dickson …..kah kah kah…

BERITA YANG LAMA DI TUNGGU-TUNGGU PEMBAYAR TOL


SEREMBAN: Sebuah pondok tol di Plaza Tol Senawang, dekat sini diseret sebuah lori trailer membawa muatan kayu getah yang gagal melepasi lorong selepas membuat bayaran sehingga menyebabkan jurutol bertugas, Jaharah Saari, 44, luka di kaki terkena serpihan kaca pondok itu yang pecah dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi semalam.

Kejadian berlaku selepas pemandu itu berkeras lorinya boleh melepasi lorong itu walaupun kenderaan berat sepatutnya menggunakan lorong khas dan masalah bermula selepas kepala trailer berjaya melepasi bumbung, tetapi badan lori pula tersangkut pada pondok berkenaan.


kah kah kah….. berita ini memang lama di idam-idam kan oleh semua pembayar tol…. kah kah kah….. mimpi dan angan-angan kini terjadi…. kah kah kah.... bergembiralaaaa....kah kah kah.

kalau towkay tuan punya tol ini dalam pondok tol ni….. kah kah kah… lagi best.... dah bertahun mengutip tol….. tak abis abis…. sampai bila?

NOTA : Adakah anda tahu bahawa kita sebagai rakyat TIDAK diberitahu isi perjanjian semua tol lebuh raya ini. Ini dijadikan rashia. Inilah yang dikatakan rompak hari siang melalui undang-undang dan parlimen.

MUHYDDIN: ABDULLAH WAJIB UNDUR


SINGAPURA, Sept 10 Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi harus memikirkan kembali tentang rancangan peralihan kuasa dimana beliau akan mengundur diri pada tahun 2010. Jangka waktu ini terlalu lama.

Rancangan peralihan kuasa ini telah dinyatakan oleh Abdullah dua bulan dahulu. Rancangan ini menurut Muhyddin telah ‘tenggelam hanyut’ dan rakyat tidak memikirkan pekara ini lagi.

‘ Tahun 2010 ini terlalu lama’ menurut beliau disatu sidang akhbar di luar persidangan Forbes Global CEO Conference di sini.

kah kah kah….. kalau gua dolah bila gua baca ini gua akan panggil jawa muka sembab tu dan gua suruh dia basuh pampers …. kemudian gua suruh dia  buat ketumbuk ketampi 50 kali….kah kah kah

kemudian cakap dengan muhyddin.... ciss muka sembab..... berani kau melawan towkeh..... aku bukan tidok... aku hanya buat buat tidok...hang dengan makmak kuti dan ku li itu... tak akan dapat apa-apa.... aku nak panggil anwar ibrahim.....kah kah kah.

lepas tu panggil kj…. suruh manantu tanya…. kes tanah air molek dulu macam mana…..kah kah kah….

mengeletak si sembab ni.... kah kah kah.

BNBBC NAFI AHLI PARLIMEN TERIMA RM50,000 – Utusan Melayau


KOTA KINABALU 10 Sept. - Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) menafikan dakwaan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee bahawa setiap Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyertai lawatan ke luar negara menerima wang saku sebanyak RM50,000.

Timbalan Pengerusi BNBBC, Datuk Bung Moktar Radin berkata, tidak ada tawaran wang saku diberikan kepada setiap Ahli Parlimen BN termasuk kepada dua Ahli Parlimen SAPP bagi mengikuti lawatan tersebut.

Sehubungan itu, Bung Moktar mencabar Teck Lee membuat laporan polis sekiranya dakwaan tersebut benar.


kah kah kah…… memang betul bung moktar…. datuk yong teck lee ni hina hang dan geng hang yang gi taiwan tu…. 50,000 ribu ringgit? …. itu bukan duit…… satu amoi pun tak boleh dapat dengan 50,000 ringgit….kah kah kah.

cakap dengan ini datuk…. satu batang balak pun harga lebih mahal dari 50,000…. datuk yong ni dari ulu jabong mana …. 50,000 ni belanja satu malam di karoke taipe…. kah kah kah.

datuk yong ingat bung pergi  dangdut rose merah kat brickfeild ke….ini taipei laaa….. ini taipei mali, ada cakap cakap… kencing tak mahu keluar…. kah kah kah.

bnbbc tu binatang apa?.... bangku bangku cabuk atau budak budak corot .... kah kah kah

SHAHIDAN MINTA SISTEM KOUTA DITERUSKAN – Utusan Melayau

KANGAR 10 Sept. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim meminta agar sistem kuota dalam pemilihan parti dipertahankan bagi mengelak kepimpinan utama negara tidak dicabar individu yang tidak berkelayakan.

''Jika perkara ini berlaku, UMNO akan menjadi parti yang dipandang rendah kerana membenarkan semua orang bertanding merebut jawatan Presiden UMNO atau Timbalan Presiden UMNO.

Tambahnya, masalah berkaitan politik wang dapat diselesaikan sekiranya calon yang berhasrat bertanding dapat menghayati nilai keislaman dan tahap keimanan masing- masing.

kah kah kah…..parti sahidan dipandang rendah jika kouta di hapuskan….kah kah kah..laaaaa mamat perelih ni….. selama ni chek tak tahu ….rupa-rupanya parti hang tidak dipandang rendah…..kah kah kah…. chek pun tak sedak…. ada lagi kot orang pandang tinggi parti shahidan ni.... kah kah kah.

kah kah kah….. ya beda bedooo….. bila shahidan cakap hal islam ni…. sedak sedak lah sikit…. Hal hal iman ni…. mai kita semua pi dengak ceramah ustaz baru kita ni…. kah kah kah.

VETERAN UMNO CADANG PARTI PECAT ANGGOTA TERBABIT RASUAH POLITIK – Berita Hairan


ALOR STAR: Seorang veteran Umno mencadangkan agar parti itu memecat mana-mana anggotanya yang terbabit dalam rasuah politik tanpa mengira kedudukan mereka.

“Kalau orang sudah dapat penyakit barah, bahagian yang dijangkiti perlu dibuang terus, tidak boleh simpan lagi. Kalau dalam Umno, ahli yang terbabit dengan politik wang perlu dipecat, tidak kira apa pangkat mereka,” kata Tan Sri Khalid Abdullah.

Katanya jika Umno takut mengambil tindakan menyingkir anggota-anggota sedemikian, gejala itu akan terus berleluasa dan ini akan menghancurkan parti sekali gus memberi kesan negatif kepada bangsa dan negara.

Khalid, 86, yang juga bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno, diminta mengulas kegusaran pelbagai pihak mengenai amalan politik wang dalam Umno khususnya setiap kali menjelang pemilihan parti itu
.

kah kah kah ….. biar betul mamat veteran ni…. kalau pecat abislaaaa parti ni….ini satu cadangan yang amat bahaya…..kah kah kah.

gua rasa dia ni dari kedah …. madey pun dari kedah….. apa kah ini satu komplot nak hancur kan united malays national organistaion ke…. kah kah kah….

kalau pecat dolah tinggal najib, pecat najib tinggal rafidah, pecat rafidah tinggal nazri, pecat nazri tinggal rahim tambi cik….. cissss rahim ini lagi bahaya…. anak sekolah cucu cicit kita jadi tak selamat…. kah kah kah

STOP PRESS !! PANAS TERBARU

Satu sidang media pengisytiharan keluar parti oleh  pemimpin Malaysian Indian Congress (MIC), United Malays National Organisation ( UMNO ) , Malaysian Chinese Associatioan (MCA) dan People Progressive Party (PPP) akan di adakan di Pejabat  Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan di Rahang.

Sidang akhbar ini akan di adakan pada pagi Khamis  11hb September jam 10.00 pagi.
Sidang akhbar ini akan disertai oleh pemimpin PKR Negeri Sembilan.

Untuk lanjutan sila berhubung dengan Cigu Bard PKR Negeri Sembilan - 017-668-84-04