Sabtu, 1 Ogos 2026

SOKONG PANDANGAN BAIK DARI ISTANA


ORANG RAMAI

 SOKONG

AMIN

INI PANDANGAN

TEPAT

AMIN



Cara layan haiwan cermin siapa kita sebagai manusia - permaisuri

Permaisuri Selangor Tengku Norashikin menzahirkan rasa amat dukacita, kecewa dan marah terhadap insiden kekejaman terhadap haiwan, khususnya anjing dan kucing.

Baginda bertitah demikian hari ini, tiga hari selepas tular insiden kematian seekor anjing bernama Rocky di Pelabuhan Klang ketika ditangkap oleh penguat kuasa tempatan.

Tengku Norashikin selaku penaung diraja kepada inisiatif Selangor bebas haiwan terbiar (SFS) bertitah bahawa perbuatan menyeksa, mencederakan, membunuh atau memperlakukan haiwan secara kejam bukan saja bertentangan dengan undang-undang.

Malah, titah baginda, ia mencerminkan kegagalan kita mempertahankan nilai belas ihsan sesama makhluk dan kemanusiaan yang menjadi asas kepada sebuah masyarakat bertamadun.

“DYMM Tengku Permaisuri Selangor bertitah bahawa tiada sebarang bentuk kekejaman terhadap haiwan akan diterima atau ditoleransi. Tidak kira siapa pelakunya. 

“Tidak kira apa jawatannya. Tidak kira apa pun bangsa atau agama. Tidak kira atas alasan apa sekali pun,” menurut kenyataan Istana Selangor.

Tengku Norashikin turut menegaskan bahawa pendirian itu terpakai kepada semua, sama ada individu, organisasi, syarikat mahupun mana-mana agensi kerajaan dan pihak berkuasa. 

“Tiada sesiapa berada di atas undang-undang.”

Rakaman video tular itu memaparkan pergelutan dan pertengkaran beberapa individu dan penguat kuasa, termasuk adegan cubaan memotong ikatan anjing dan tarik-menarik, yang berakhir dengan kematian Rocky.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mendakwa pergelutan dan kekecohan menyebabkan anggotanya tidak dapat melonggarkan dan menanggalkan peralatan penangkap bagi memastikan keselamatan haiwan itu.

Operasi bersama sekumpulan penduduk itu berjaya menangkap 12 ekor anjing menggunakan peralatan gelung yang mematuhi standard Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kata MBDK.

Insiden itu menjadi kes polis dan disiasat bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh haiwan.

Baginda berpandangan bahawa mana-mana pihak yang melakukan kekejaman terhadap haiwan hendaklah disiasat secara menyeluruh dan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya, termasuk jika ia dilakukan oleh pihak berkuasa sendiri.

“Baginda percaya bahawa cara kita melayan haiwan mencerminkan siapa diri kita sebagai manusia,” kata istana.

TER NOW TER KINI - POLITIK BARU DI NEGERI SEMBILAN


HOT HOT HOT

TERKINI TER HOT

TER NOWW

AMIN


Loke kecundang di Chennah

Loke, Tok Min tumbang di Negeri Sembilan

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun kalah di Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Anthony Loke yang merupakan Adun Chennah selama tiga penggal kalah kepada calon BN Siow Kong Choon.

Sementara, Aminuddin yang lebih mesra dipanggil sebagai Tok Min ditewaskan di DUN Linggi

TERAM BUAT LAWAK LAGI


KAH KAH KAH

WOIT

NAK SERANG

HEBAT MACAM

MANA?

KAH KAH KAH

BOOM BOOM

TEL AVIV

KAH KAH KAH

KHALAS



AS, Israel rancang serangan lebih hebat terhadap Iran


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengancam untuk menyerang Iran dengan 'lebih keras' dan sudah mula melakukan perancangan berkaitan dengan Israel.

Media AS melaporkan beliau sedang mempertimbangkan serangan besar-besaran baharu seawal hujung minggu ini, termasuk menyasarkan infrastruktur tenaga negara itu.

Selepas lebih lima bulan peperangan yang bermula pada 28 Februari lalu apabila AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran, konflik itu dilihat masih belum menunjukkan tanda akan berakhir dengan kedua-dua pihak saling melancarkan serangan balas.

"Kami akan menyerangnya dengan sangat keras dan pada satu tahap mereka akan berkata, 'Kami tidak mampu menanggungnya lagi'," kata Trump ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet di pusat peranginan presiden, Camp David, di Maryland, semalam.

Akhbar Wall Street Journal kemudian melaporkan Trump sudah mengarahkan satu lagi serangan baharu bagi memaksa Tehran menyerah kalah, yang dijangka dilaksanakan seawal hujung minggu ini, memetik pegawai AS yang enggan dikenali.

Sementara itu, CBS News melaporkan AS dan Israel sedang merancang serangan bersama ke atas sasaran berkaitan tenaga dipercayai membabitkan loji penapisan minyak dan stesen jana kuasa.

Sepanjang konflik itu, Trump berulang kali mengancam untuk menyerang infrastruktur kritikal Iran. Minggu lalu, beliau berikrar akan memusnahkan sebuah jambatan atau loji jana kuasa setiap kali kapal di Selat Hormuz diserang.

Bagaimanapun, Trump masih belum memberi kelulusan muktamad terhadap operasi berkenaan, namun AS dan Israel dilaporkan sedang menyelaras perancangan itu, menurut CBS yang memetik beberapa sumber.

Laporan itu disiarkan hanya beberapa hari selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengadakan lawatan ke Washington dan bertemu Trump serta Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth.

CBS turut melaporkan beberapa pegawai kanan Rumah Putih membantah keras rancangan berkenaan ketika mesyuarat Kabinet.

Sekiranya rancangan itu diteruskan, ia menjadikan Israel kali pertama menyertai serangan ke atas Iran sejak fasa awal peperangan. – AFP

KRISIS ADAT DI JELEBU


BEROBOT

NAK JADI

TOK UNDANG

DIJOLOBU

AMIN

GELOMBANG BIRU NEGERI. SEMBILAN


NOGORI

HUMBAN

ANWAR 

BIN IBRAHIM 

AMIN


JELEBU – GELOMBANG BIRU

Kemarin gua  sampai ke Kampung Chennah –  masuk ke tiga buah Kampong Orang  Asli  - Kampung ini dalam DUN CHENNAH -  kawasan Toni Loke.

Kali ini Toni PAKATAN HARAPAN di lawan oleh Siow  - anak tempatan dari Titi – dari  PERIKATAN NASIONAL/BARISAN NASIONAL.

Sebanyak 800++ undi  Orang Asli akan jadi PENENTU.

Gua masuk ke Kampong Dusun Kubur, Kampong  Jeram Lesong  dan Kampong Tohor.

Jelas kelihatan PERTEMPURAN HEBAT sedang berlaku-  sempat berbincang dengan Tok Batin – dia menerangkan  Pakatan Harapan hanya aku satu  Bilik Gerakan di Kampung Jeram Lesong manakala Perikatan Nasional ada 3  Bilik Gerakan.

Ketika  kami masuk ke  Kampong Jeram Lesong Toni Loke sedang berceramah.  DENGAR SUARA DARI JAUH. 

Gua rasa Toni akan KALAH – jika  ramalan gua betul maka pada KONVENSEN DAP 16 Ogos nanti Toni Loke akan kena tibai oleh GENG GUANG ENG – yang sedang menunggu.

PULANG singgah di Temiang – satu lagi Kempen Perikatan Nasional/BN -  ini kawasan KUBU KUAT DAP – amat tipis untuk calon MCA menang.

DUN KLAWANG
SILAP BESAR YAM TUAN MAT LEKEH TARIK DARJAH KEBESARAN  RAIS YATIM.

Ini silap  kerana melahirkan simpati pada Dino Rais calon Klawang -  lawan 3 penjuru  - PARTI CERET BERET MASUK DAUN  untuk pecah undi.

PULANG IKUT LEBUH RAYA LEKAS
Wah Wah Waaah
Kami di jalan  lebih jam 11 malam – kereta  dalam LEKAS mengarah ke Jelebu, Pilah dan Tampin – bersusun – tak putus-putus – SEMUA PULANG UNTUK MENGUNDI atau bawa duit untuk beli undi Orang Asli kah kah kah.

APA YANG JELAS – MADAFAKA ANWAR BIN IBRAHIM AKAN DI HUMBANKAN OLEH  ORANG  NOGORI  dan ORANG KAMPUNG DEN – kah kah kah AMIN

JADI AHLI PKR



DALAM PENJARA

HUBUNGI PKR

AMIN

KELUAR PENJARA

JADI AHLI PKR

MACAM NIKEY

KHALAS