Rabu, 18 Mac 2026
SAPA MAZA ? DAPA TAK AMBIL POT
WOIT
SAPA MAZA?
DAP TAK AMBIL
POT LAAAA
KAH KAH KAH
DAP DAH ADA
ANWAR
BIN IBRAHIM
AMIN
DAP DAH ADA
UMDAP
KHALAS
Timbalan Menteri iring OKT, bagaimana undang-undang negara akan dihormati?
KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr Maza) turut mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi), M Kulasegaran bersama Arun Dorasamy di perkarangan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang, pagi tadi.
Menurut beliau, seorang Timbalan Menteri khususnya yang terlibat dalam portfolio undang-undang tidak seharusnya bertindak sedemikian.
“Jika orang seperti M. Kulasegaran boleh menjadi Timbalan Menteri Undang-Undang & Reformasi Institusi, bagaimanakah sistem Undang-Undang Negara akan dihormati?!
“Reformasi jauh sekali!!,” katanya dalam satu hantaran ringkas di media sosial, hari ini.
Tindakan Kulasegaran itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak hari ini termasuk pakar undang-undang dan pemimpin parti dari blok kerajaan kerana ia boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap keadilan sistem perundangan dan kehakiman di Malaysia.
Ia juga dibimbangi bakal memberi tekanan kepada majistret yang menjalankan tugas.
Tambahan pula, Arun tiba di mahkamah dalam keadaan bebas serta tidak bergari sedangkan seorang lagi aktivis, Zamri Vinoth tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi tadi dalam keadaan bergari dan dikawal ketat.
Sedangkan kedua-duanya dituduh mengikut pertuduhan yang sama iaitu Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana membuat kenyataan dengan niat menyebabkan atau mungkin mencetuskan kegentaran awam.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Arun dan Zamri yang dituduh secara berasingan di dua mahkamah berbeza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut. – MalaysiaGazette
DR SAM BAKAL PM MALAYSIA ?
DR SAM MEMILIKI
AKADEMIA UNGGUL
AMIN
UNTUK JADI PM
WAJIB TUNJUK
KETRAMPILAN
PIMPINAN
AMIN
WAJIB BANYAK
BERSUARA
WAJIB BANYAK
KELUAR PENDAPAT
AMIN
WAJIB PANGKAH
PANDANGAN MUSUH
DAN AJU PENDAPAT
SENDIRI
KHALAS
Kuat di Pantai Timur, 'Malay Belt' belum dapat tabal Dr Sam jadi PM - Bendahari PAS
KUALA LUMPUR: Sekadar kuat di Pantai Timur dan kawasan dikenali sebagai 'Malay Belt' belum mampu untuk Perikatan Nasional (PN) dapat merampas Kerajaan Pusat.
Perkara itu dinyatakan Bendahari PAS, Iskandar Abdul Samad, yang turut mengakui sekiranya PN menang semua kerusi di kawasan itu sekalipun belum cukup untuk menabalkan Dr Ahmad Samsuri selaku Pengerusi PN sebagai Perdana Menteri.
"Pemilihan Dr Sam (Ahmad Samsuri) sebagai Pengerusi PN dilihat oleh ramai sebagai isyarat bahawa beliau bakal menjadi calon PM (Perdana Menteri) ke-11 bagi PN. Akhirnya negara berkemungkinan mendapat PM dari Pantai Timur.
"Tidak dapat dinafikan PN terutamanya PAS memang kuat di sana. PAS juga kuat di Kedah dan di beberapa bahagian di Perak. Tetapi sekadar kuat di Pantai Timur dan 'Malay Belt' belum menjamin PN dapat merampas kerajaan Pusat. Menang semua kerusi di sana belum lagi dapat menabalkan Dr Sam sebagai PM," katanya melalui Facebook.
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS dilantik sebagai Pengerusi PN menggantikan Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Tambah Iskandar, negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah akan terus dianaktiri oleh Kerajaan Pusat walaupun 99 peratus pengundi di sana menyokong PAS dan PN.
"Orang Kelantan, Terengganu dan Kedah mungkin bangga kerana mereka kuat dan banyak duit tetapi jika PN di negeri-negeri lain lemah dan miskin, mereka tetap akan menjadi negeri-negeri pembangkang selepas PRU akan datang.
"Jadi kalau hendak Dr Sam jadi PM, PN terutamanya PAS mesti juga kuat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Sarawak dan Sabah," katanya.
Menurut Iskandar lagi, dalam zaman di mana semua kerja 'interconnected' atau saling berhubung antara satu sama lain, PN dan PAS tidak boleh lagi bekerja sendirian atau 'in silos' tanpa mengambil kira orang lain.
"Kita tidak boleh berbangga dengan apa yang kita miliki atau apa yang kita capai walhal kawan-kawan kita terkapai-kapai.
"Kegagalan kawan-kawan kita juga akan menyebabkan kegagalan kita di peringkat yang lebih besar," katanya.
PENYOKONG KUAT TRUMP LETAK JAWATAN
SOSOK INI
PENYOKONG KUAT
MAGA TRUMP
AMIN
SOSOK INI
KETUA PENGARAH
INTEL AMERIKA
AMIN
BEKAS CALON
SENATOR PARTI
REPUBLIKAN
AMIN
KINI SEDAR
TRUMP SEDANG
IKUT CAKAP ISRAEL
KHALAS
Tak sokong serang Iran, Pengarah Pusat Anti-Keganasan AS letak jawatan
WASHINGTON – Seorang pegawai kanan anti-keganasan Amerika Syarikat meletakkan jawatan pada Selasa sebagai bantahan terhadap perang AS-Israel menentang Iran sambil menegaskan Republik Islam itu tidak menimbulkan ancaman segera kepada Amerika Syarikat.
“Saya tidak sampai hati untuk menyokong perang yang berlaku di Iran kerana ia tidak menimbulkan ancaman segera kepada negara kita.
“Dan jelas bahawa AS memulakan perang ini akibat tekanan dari Israel dan pelobi Amerikanya yang berpengaruh,” kata Joseph Kent dalam surat peletakan jawatan beliau kepada Presiden Donald Trump.
Pengarah Pusat Anti-Keganasan Kebangsaan (NCTC) berusia 45 tahun itu merupakan bekas pasukan khas Green Beret yang pernah menjalani beberapa penugasan tempur.
Beliau dilantik mengetuai NCTC oleh Trump, merupakan pegawai kanan pertama AS yang meletakkan jawatan daripada pentadbiran beliau sebagai bantahan terhadap perang dengan Iran.
Trump, ketika bercakap kepada wartawan di Pejabat Oval, menuduh Kent sebagai “sangat lemah dalam soal keselamatan” dan berkata ia adalah “satu perkara yang baik dia telah berhenti kerja.’
Kent turut memuat naik surat peletakan jawatannya yang dihantar kepada Presiden Donald Trump di platform X.
Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt dalam kenyataan menafikan dakwaan Kent dan menyifatkannya sebagai dakwaan palsu.
Beliau turut menyifatkan dakwaan Kent dalam surat peletakan jawatannya bahawa keputusan AS berperang dengan Iran dibuat ‘berdasarkan pengaruh pihak lain’ sebagai menghina dan menggelikan.
“Seperti yang telah dinyatakan dengan jelas dan tegas oleh Presiden Trump, beliau mempunyai bukti kukuh dan meyakinkan bahawa Iran akan menyerang Amerika Syarikat terlebih dahulu.
“Presiden Trump akhirnya membuat keputusan bahawa serangan bersama dengan Israel akan mengurangkan risiko terhadap nyawa rakyat Amerika yang mungkin timbul daripada serangan awal oleh rejim Iran yang dianggap pengganas serta menangani ancaman segera terhadap kepentingan keselamatan negara Amerika,” kata Leavitt.
Isteri Kent, Shannon, juga pernah berkhidmat dalam tentera AS dan terbunuh dalam satu serangan bom berani mati di Syria pada 2019.
“Sebagai suami ‘Gold Star’ yang kehilangan isteri tercinta saya Shannon dalam perang yang didorong oleh Israel, saya tidak dapat menyokong menghantar generasi seterusnya untuk berjuang dan mati dalam perang yang tidak memberi manfaat kepada rakyat Amerika mahupun membenarkan pengorbanan nyawa mereka,” tulis Kent.
‘Kempen maklumat palsu’
Sebagai ketua NCTC, Kent bekerja di bawah Tulsi Gabbard, menganalisis dan menyelaras respons AS terhadap ancaman keganasan serta berkhidmat sebagai penasihat utama anti-keganasan kepada presiden.
“Sehingga Jun 2025, anda memahami bahawa peperangan di Timur Tengah adalah satu perangkap yang meragut nyawa berharga patriot kita dan menghakis kekayaan serta kemakmuran negara,” kata Kent dalam suratnya kepada Trump, yang dimuat naik di X.
Kent menuduh “pegawai kanan Israel dan anggota berpengaruh media Amerika” terlibat dalam kempen maklumat palsu yang “menyemai sentimen pro-perang bagi menggalakkan perang dengan Iran.”
“Gelembung gema ini digunakan untuk memperdayakan anda supaya percaya bahawa Iran menimbulkan ancaman segera kepada Amerika Syarikat dan bahawa anda perlu menyerang sekarang,” katanya.
“Ini adalah satu penipuan dan merupakan taktik sama yang digunakan Israel untuk menarik kita ke dalam perang Iraq yang membawa bencana,” kata Kent.
“Saya tidak dapat menyokong menghantar generasi seterusnya untuk berjuang dan mati dalam perang yang tidak memberi manfaat kepada rakyat Amerika mahupun membenarkan pengorbanan nyawa mereka,” tambahnya.
Senator Mark Warner, Demokrat paling kanan dalam Jawatankuasa Perisikan Senat, berkata rekod Kent adalah “amat membimbangkan.”
“Namun dalam hal ini, beliau betul: tiada bukti yang boleh dipercayai mengenai ancaman segera daripada Iran yang boleh membenarkan Amerika Syarikat tergesa-gesa memasuki satu lagi perang pilihan di Timur Tengah,” kata Warner.
Kent telah dua kali bertanding tanpa berjaya — pada 2022 dan 2024 — sebagai calon Republikan yang disokong Trump bagi kerusi Dewan Perwakilan AS dari negeri Washington. – AFP
PERJANJIAN ANWAR - TRUMP KHIANATI KEDAULATAN NEGARA
PERJANJIAN
ANWAR-TRUMP
MENGKHIANTI
KEDAULATAN
MALAYSIA
KHALAS
ISHAM RAIS BERJAYA MENUSK NADI MUSUH
SATU LAGI
BUKTI SAHIH
ISHAM RAIS
BERJAYA
MENGHASUT
DAN MENUSUK
NADI MUSUH
AMIN
KEJAYAAN INI
MEMPERKUAT TEKAD
UNTUK TERUS
MENGHASUT
KHALAS
Unknown commented on
"HUMBANKAN ANWAR BIN IBRAHIM"
anjing gila yang bernama isham yang menyalak kini nak gigit pula. kalau kena kayu dahan jambu tentu senyap. kah kah kah!
Unknown commented on
"HAPUSKAN PERJANJIAN
ANWAR-TRUMP 2025"
seekor anjing gila berkurap bernama isham sedang menyalak. kalau sepak habis berterabur gigi palsu. kah kah kah!
Unknown commented on
"HAPUSKAN PERJANJIAN
ANWAR-TRUMP 2025"
seekor anjing gila berkurap bernama isham sedang menyalak. kalau sepak habis berterabur gigi palsu. kah kah kah!
Unknown commented on
"MASA DAH SAMPAI UNTUK
TURUN TURUN TURUN"
kenapa anjing gila yang bernama isham tak ditambat? kalau kena sepak macam mana?
Langgan:
Ulasan (Atom)




